suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baju Merah: Polis Siasat Kumpulan Asing Lakukan Sabotaj

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat kumpulan asing yang menyertai perhimpunan Baju Merah pada Rabu dan melakukan sabotaj.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, pihaknya sedang menyiasat kemungkinan terdapat pihak tertentu telah melakukan sabotaj pada perhimpunan berkenaan.

"Ia sebahagian daripada siasatan kita.

"Kita akan siasat lebih terperinci (mengenai sabotaj itu)," katanya kepada pemberita di Brickfield di sini pada Jumaat.

Jelasnya, polis turut melakukan siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kami sedang meneliti gambar dan video yang diperolehi.

"Polis akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan," tambah beliau.

Polis, Baju Merah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain