suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Di Changlun Semakin Surut, Pusat Pemindahan Ditutup

ALOR SETAR: Pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun yang menempatkan lebih 11 keluarga dari Kampung Nang Mah, Pekan Changlun ditutup 8.30 pagi Jumaat.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kubang Pasu, Kamarulzaman Kasa berkata kira-kira 40 mangsa itu dibenarkan pulang selepas paras air di kampung itu semakin surut.

Beliau berkata pusat pemindahan itu dibuka 9 malam tadi selepas keluarga terlibat tidak mempunyai tempat tinggal selepas rumah mereka dinaiki air.

"Kita pindah mereka malam tadi selepas paras air tidak berubah dan mereka tidak mempunyai tempat tinggal. Mangsa lain ada yang berpindah ke rumah saudara mara," katanya ketika dihubungi.

Katanya tinjauan pihaknya pada 10.30 pagi tadi mendapati paras air di Sungai Changlun mula surut dan berada pada paras selamat.

Pada khamis, lebih 1,000 penduduk dari lapan buah kampung di Changlun dilaporkan terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat yang turun sejak dua hari lepas.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Paya Nomi, Kampung Belukar, Kampung Rantau, Pekan Changlun, Kampung Sungai Petani, Taman Rasa Sayang, Kampung Bendang Ceruk dan Kampung Padang Pasir yang melibatkan 600 buah rumah.

Banjir, Changlun

Artikel Lain