Pelakon Wanita Ditahan Disyaki Miliki Dadah - Semasa | mStar

Pelakon Wanita Ditahan Disyaki Miliki Dadah

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon wanita berusia 20 tahun bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja seberat 627.59 gram dalam serbuan di sebuah kediaman di Subang Parkhomes, Subang Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, pelakon yang membintangi drama 'Ku Tinggal Cinta di Okinawa' itu ditahan selepas polis menemui satu paket plastik berisi ceraian daun kering disyaki ganja dan 1/2 biji pil eramin 5, di biliknya.

Yahaya berkata pihaknya turut menahan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang sedang tidur di sebuah bilik kedua di kediaman itu setelah menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar berisi ceraian daun kering disyaki ganja seberat 15.74 gram bersama dua bilah pisau di bahagian atas almari baju.

"Pemeriksaan di bilik ketiga menemui satu beg kertas mengandungi dua paket plastik lutsinar setiap satu mengandungi satu ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja seberat 609.66gram dalam baju," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Katanya, selain itu, satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ganja seberat 2.19gram turut dijumpai di atas meja di ruang tamu rumah berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. - BERNAMA


pelakon , dadah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

10 Lelaki Terlibat Dadah Ditahan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.