Jerebu: 463 Sekolah Di Tujuh Daerah Sarawak Ditutup - Semasa | mStar

Jerebu: 463 Sekolah Di Tujuh Daerah Sarawak Ditutup

Ibu bapa mengambil anak-anak mereka dari Sekolah Kebangsaan St Joseph, Khamis, selepas Jabatan Pendidikan Sarawak mengeluarkan arahan menutup sesi sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri paras tidak sihat. Foto BERNAMA

KUCHING: Sejumlah 463 buah sekolah rendah dan menengah yang melibatkan 184,808 orang murid di tujuh daerah di Sarawak, ditutup akibat jerebu pada Khamis.

Menurut Jabatan Pendidikan Sarawak, seramai 15,162 guru turut terlibat dengan penutupan sekolah-sekolah berkenaan. 

Sekolah rendah dan menengah itu terletak di tujuh daerah iaitu Kuching membabitkan 88 buah sekolah, Padawan (101), Bau (43), Lundu (33), Samarahan (59), Serian (85) dan Simunjan (54). 

"Kesemua sekolah itu ditutup selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU)  di tujuh daerah berkenaan berada pada tahap sangat tidak sihat," kata jabatan itu dalam kenyataan di sini, Khamis.

Kuching, Padawan, Bau dan Lundu mencatatkan bacaan 204 manakala Samarahan, Serian dan Simunjan mencatatkan bacaan 200. 

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pendidikan Sarawak berkata, sekolah terbabit ditutup sehingga diberitahu kelak.

IPU , Jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain