suria

Najib Terima 534 Lembu Korban Untuk Parlimen Pekan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menerima sumbangan sebanyak 534 lembu korban daripada 15 syarikat untuk sambutan Aidiladha di Parlimen Pekan.

Sumbangan itu disampaikan dalam satu majlis akad penyerahan oleh wakil syarikat terbabit di Perdana Putra, di sini.

Antara syarikat terbabit ialah Sapura Holdings Sdn Bhd yang menyumbang 128 ekor lembu, NAZA Group (75), DRB-HICOM Berhad (50), WZR Property Sdn Bhd (30), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (30) dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (28).

Turut menyampaikan sumbangan ialah Roadcare (M) Sdn Bhd yang menyumbang 28 ekor lembu, HeiTech Padu Berhad dan Nukima Sdn Bhd (20), GBP Corporation Sdn Bhd (20), AJ Aeroservices Sdn Bhd (20) dan Kini Unggul Sdn Bhd (15).

Lembu berkenaan akan disumbangkan kepada masjid, surau, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan ibadah korban di Parlimen Pekan.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24 Sept.

Korban, Pekan, Parlimen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain