suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Himpunan Bersih 4.0 Lebih Kotor - Rahman Dahlan

Abdul Rahman Dahlan.

PETALING JAYA: Tiada 'bau busuk air kencing' dikesan dalam timbunan sampah di Kuala Lumpur selepas perhimpunan 'baju merah' diadakan pada Rabu, tidak seperti yang berlaku pada demonstrasi Bersih 4.0 sebelum ini.

"Ya, ada sampah. Tetapi tidak seperti demonstrasi Bersih, kali ini bau busuk air kencing tidak dikesan," kata Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi twitternya pada Khamis.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu bagaimanapun berkata, bil pembersihan akan dihantar kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu.

"Saya baharu sahaja bercakap dengan pihak Alam Flora untuk memberikan saya berapa kos pembersihan. Mereka sedang memuktamadkan jumlahnya. Bil itu akan dihantar kepada penganjur demonstrasi 'baju merah'," katanya.

Laman sosial Abdul Rahman dihujani dengan pelbagai pertanyaan daripada 'netizen' sama ada beliau akan menyerahkan bil pembersihan kepada penganjur.

Netizen turut melampirkan gambar-gambar sampah yang dibuang di sekitar ibu negara, semasa dan selepas perhimpunan itu.

Abdul Rahman berkata, sebagaimana Bersih 4.0 sebelum ini, beliau akan menunggu sehingga kos itu dikira dan kemudian mengumumkannya kepada para penganjur.

Penganjur Bersih 4.0 menerima tamparan hebat dengan bil pembersihan sebanyak RM65,000.

Menurut Abdul Rahman, ia merupakan kos bagi pembersihan di kawasan-kawasan yang digunakan peserta semasa perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, penganjur Bersih berkata, mereka akan mencabar sebarang perintah pembersihan di mahkamah, sambil mengatakan bahawa sekumpulan sukarelawan mengutip sampah di sepanjang perhimpunan.

Artikel Lain