suria

Himpun 16: Polis Masih Berkawal Di Jalan Petaling

KUALA LUMPUR: Tiada tanda-tanda peserta perhimpunan baju merah masih berada di sekitar Jalan Petaling pada tengah malam Rabu.

Bagaimanapun, polis masih dilihat berkawal di kawasan tersebut kerana permit perhimpunan adalah selama 12 jam iaitu bermula tengah hari Rabu hingga tengah malam ini.

Terdahulu, beberapa peserta bertindak keterlaluan sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan air ke arah mereka.

Namun, polis akhirnya berjaya memujuk mereka supaya bersurai sekitar pukul 7.15 malam.

Penghadang di sepanjang pintu masuk ke Jalan Petaling dialihkan kira-kira pukul 7.40 malam.




Jalan Petaling, Himpun 16

Artikel Lain