suria

Fasa Pertama Lebuhraya Pan Borneo Di Sabah Dilancar Tahun Depan - PM

Najib dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta beberapa pemimpin kerajaan mengibarkan Jalur Gemilang selepas merasmikan Seminar Integrasi Nasional pada Rabu. - fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fasa pertama pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah akan dilancarkan pada suku pertama tahun depan.

Beliau berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 2,239 kilometer itu yang akan menjadi penghubung bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak adalah sebagai memenuhi komitmen tinggi Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan infrastruktur dan ekonomi di Sabah.

"Baru minggu lepas Majlis Ekonomi telah meluluskan struktur orde baharu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah," kata beliau semasa berucap di Seminar Integrasi Nasional anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini Rabu.

Najib berkata projek berkenaan, apabila siap kelak, akan merangsang perhubungan antara Sabah, Sarawak dan wilayah-wilayah di negara jiran seperti negara Brunei Darussalam dan Indonesia.

Lebuhraya Pan Borneo merupakan salah satu projek yang dijanjikan Barisan Nasional dalam manifesto pilihan rayanya pada Pilihan Raya Umum 2013.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain