suria

Pelajar Maut Digilis Bas Di Sik

SIK: Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas digilis sebuah bas di Jalan Batu Lima-Sik, Kampung Charok Malau, 6 petang, Ahad.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superitendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, Mohamad Atiff Abd Rahman, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

"Mangsa yang sedang menunggang motosikal terjatuh di atas jalan raya selepas terlanggar belakang sebuah lori yang ingin membelok ke kiri jalan sebelum digilis bas," katanya, Isnin.

Mohd Ismail berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Lain