suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Cedera Akibat Mercun, Seorang Lelaki Ditahan

Lelaki yang melempar mercun itu ditahan polis kerana mencetuskan kececohan dan mencederakan empat orang.

KUALA LUMPUR: Kekecohan tercetus berdekatan Dataran Merdeka apabila seorang lelaki melemparkan mercun ke arah peserta Bersih 4 mengakibatkan empat tercedera.

Seorang saksi berkata, lelaki berkenaan yang memakai kemeja T hitam itu melemparkan mercun ke arah kawasan letak kenderaan di situ.

Beliau berkata, cubaan lelaki itu seterusnya bagaimanapun dapat dihentikan peserta demonstrasi itu.

"Sebaik dikenal pasti sebagai individu yang bertanggungjawab melakukannya, lelaki itu dihalang peserta perhimpunan itu," katanya.

Beliau menambah, polis yang tiba di kawasan itu meredakan keadaan, selain diberi rawatan kerana cedera ringan selepas terbabit dalam pergelutan dengan peserta Bersih 4.

"Pasukan perubatan merawat lelaki itu sebelum dia ditahan," katanya.

Empat peserta perhimpunan yang cedera turut mendapat rawatan serta merta.

Seorang pegawai perubatan yang dikenali sebagai Yap berkata, bagaimanapun kecederaan yang dialami tidak serius.

Selepas nyanyian Negaraku berkumandang, kedengaran satu lagi letupan tetapi keadaan terkawal apabila peserta perhimpunan itu mula bersurai.


mercun, Dataran Merdeka, Bersih 4

Artikel Sebelum

Artikel Lain