suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amanat Hari Kebangsaan Jawab Persoalan Rakyat - Ahmad Zahid

Najib Tun Razak diapit sebelah kanan Dr Ahmad Zahid Hamidi, isteri Najib, Rosmah Mansor dan Menteri Komukasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (kanan) membawa cogankata dan Jalur Gemilang hadir pada majlis Amanat Hari Kebangsaan 2015 oleh Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Ahad malam. Foto: Bernama.

KUALA LUMPUR: Amanat Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini, sarat dengan jawapan yang selama ini menjadi persoalan di minda rakyat khususnya mengenai kemerosotan nilai ringgit dan beberapa isu lain yang sebelum ini tiada jawapan rasmi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penjelasan yang menggunakan bahasa mudah itu dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

"Perdana Menteri merasakan bahawa semua kumpulan khalayak masyarakat harus memahami kecuali mindanya tertutup dan dihijabkan supaya tidak menerima apa sahaja perubahan dan amanah yang diberikan melainkan diri mereka sahaja yang benar," katanya kepada pemberita di sini, Ahad malam.

Ketika menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini, Najib berikrar beliau dan barisan pentadbirannya tidak akan membiarkan Malaysia jatuh malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, menteri-menteri kabinet, wakil badan bukan kerajaan, penjawat awam dan mahasiswa.

Ahmad Zahid berkata masyarakat harus berlapang dada dan membuka minda terhadap penjelasan berkenaan, dan memberi peluang kepada kerajaan untuk membuktikan komitmen dalam membangunkan negara.

"Tentunya rakyat menjadi hakim kepada mahkamah pilihan raya dan sementara pilihan raya akan datang, Perdana Menteri meminta berikan peluang kepada kerajaan yang ada untuk membuktikan pencapaian kepada aku janji yang telahdilontarkan kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata jika rakyat mahukan rasionaliti dalam tindakan kerajaan, maka mereka perlu memahami hasrat kerajaan dalam memakmurkan negara dan memberi keselesaan kepada rakyat.

Artikel Berikut

Artikel Lain