suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemimpin Umno Perlu Kembali Ke Pangkal Jalan - Tun M

PASIR GUDANG: Ahli-ahli politik yang telah menyimpang daripada tanggungjawab sebenar perlu kembali ke pangkal jalan, gesa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, beberapa pemimpin politik telah lupa tanggungjawab masing-masing kepada rakyat yang memilih mereka sebagai wakil rakyat sebelum ini.

"Kembalilah ke pangkal jalan. Kamu telah tersasar," katanya pada sesi Bicara Negarawan yang berlangsung di Stadium Pasir Gudang, di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata, terdapat  pemimpin telah lupa bahawa rakyat memilih mereka untuk melindungi hak-hak masyarakat sendiri.

Katanya, Umno sepatutnya berjuang untuk ahli-ahli dan orang Melayu, bukan hanya untuk pemimpin parti.

"Kita mempunyai masa depan negara  yang cerah sebelum ini, tetapi kini ia tidak lagi," katanya.

Dr Mahathir, Pasir Gudang, Umno

Artikel Lain