suria

Bersih 4.0: Tiada Insiden Polis Puas Hati

KUALA LUMPUR: Polis Bandar Raya berpuashati tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perarakan dan perhimpunan Bersih 4.0 sejak jam 2 petang Sabtu.

"Ya pihak kami setakat ini berpuashati dengan perhimpunan yang berjalan dan kami berharap ia kekal aman sehingga semuanya selesai," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa.

Menurutnya, sejumlah pasukan polis telah ditempatkan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai dan peserta Bersih untuk mengawal keadaan dan keselamatan awam.

"Kami menganggarkan jumlah yang turun ke perhimpunan ini sekitar 25,000 orang sehingga jam 3 petang tadi," katanya lagi.

Beliau juga berkata yang Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak digerakkan ke kawasan perhimpunan dan kawasan sekitarnya kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

"Saya berharap semua pihak tenang dan berhimpun secara aman dan kita sebagai pihak yang menjaga ketenteraman awam akan memastikan keselamatan awam tidak terjejas," kata beliau.

Artikel Lain