suria

Mayat Lelaki Dengan Kesan Terbakar Ditemui Dalam Semak

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar, dipercayai dibunuh, ditemui dalam semak di Batu 18 Jalan Lama Gombak-Bentong, Jumaat malam.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui penduduk Orang Asli kira-kira lima meter dari jalan raya pada pukul 7.50 malam , sebelum mereka memaklumkannya kepada pihak polis.   

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata mayat yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dipercayai berada di kawasan itu sejak empat hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau.    

"Ketika ditemui keadaan mayat berpakaian lengkap dan mempunyai kesan terbakar...kemungkinan mangsa dibunuh ditempat lain dan dicampakkan di kawasan itu.    

"Polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian,"katanya ketika dihubungi Bernama.   

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dankes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat kesan terbakar

Artikel Lain