suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Dilanggar Kereta Api

JOHOR BARU: Seorang wanita maut dilanggar dan diseret kereta api ketika sedang menyeberangi landasan untuk pulang ke rumahnya di Kulaijaya, Khamis.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Razak Md Said, berkata mangsa, Jimalah Othman, 58, mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 10.45 pagi apabila mangsa dilaporkan berjalan kaki bersendirian dari Stesen Kereta Api Kulai menuju ke rumahnya di Taman Saga, di Jalan Kulai-Kota Tinggi di sini.

"Sewaktu baru menyeberangi landasan itu kira-kira 200 meter muncul tiba-tiba sebuah kereta api dari arah Gemas ke Johor Baharu.

Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri diseret beberapa kilometer, menyebabkannya mati di tempat kejadian," katanya yang dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk dibedah siasat.

Artikel Lain