suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersih 4.0 Di Padang Song Kheng Hai Dibenarkan - Polis Kuching

KUCHING: Polis Kuching membenarkan perhimpunan Bersih 4.0 diadakan di padang Song Kheng Hai pada Sabtu dan Ahad ini, namun mengingatkan penganjur supaya mematuhi syarat-syarat ditetapkan, antaranya tiada perarakan dibenarkan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad berkata, polis telah menerima salinan surat daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang dialamat kepada penganjur, Nicholas anak Anson, yang memberi kebenaran perhimpunan diadakan di kawasan berkenaan.

"Ekoran kelulusan itu polis tidak akan mendirikan sebarang halangan, sekaligus membenarkan perhimpunan, tertakluk kepada beberapa syarat," katanya menerusi khidmat WhatsApp kepada media di sini, Khamis.

Beliau berkata, antara senarai syarat yang diserahkan kepada penganjur pada 20 Ogos lepas ialah ia mesti perhimpunan statik yakni tiada perarakan, dan kanak-kanak tidak dibenarkan menyertai perhimpunan.

Katanya, penganjur juga dinasihat mengawal perilaku peserta supaya tidak melanggar peraturan dan undang-undang, di samping mematuhi arahan polis bagi menjamin kelancaran perhimpunan dan memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang boleh mengugat keselamatan awam dan negara.

Roslan turut menasihatkan peserta supaya meletak kenderaan di tempat-tempat yang dikhaskan, dan memastikan mereka tidak menghalang lalu lintas sepanjang perhimpunan. - Bernama

Artikel Lain