suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Penjenayah Bersenjata Parang Larikan RM100,000

KUALA LUMPUR: Empat penjenayah bersenjatakan dua parang melarikan wang tunai bernilai RM100,000 selepas menyamun kedai pengurup wang berlesen di Jalan Equine, Seri Kembangan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, dua suspek dikatakan menyamun kedai berkenaan manakala dua lagi menunggu di atas motosikal di luar premis tersebut.

"Semasa kejadian, dua suspek pada awalnya cuba mencabut cermin di kaunter tersebut, tetapi usaha mereka gagal sebelum suspek menendang pintu untuk masuk ke dalam premis dan melarikan wang tunai dalam pelbagai bentuk mata wang yang kesemuanya bernilai RM100,000.

"Siasatan awal polis mendapati premis terbabit yang baru beroperasi selama sebulan, tidak dilengkapi alat penggera keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV) dan jeriji keselamatan, selain tidak mempunyai pengawal keselamatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya, mangsa, 26, yang merupakan penjaga premis itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Razimi berkata ketika kejadian, kesemua suspek memakai topi keledar yang dilengkapi cermin gelap bagi melindungi wajah mereka.

Sehubungan itu, polis akan melakukan tindakan susulan dengan menganalisis kamera CCTV yang terdapat di sebuah bank berhampiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata, katanya.

Samun, Rompak, Senjata Parang, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain