suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Bunuh Bekas Teman Wanita Ditahan

JOHOR BARU: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang kerani wanita syarikat kurier di Taman Desa dekat Kluang, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata, lelaki warga tempatan itu ditahan di Johor Baharu kira-kira 8 malam - selang lima jam selepas kejadian tersebut.

Mohamad berkata, mayat S.Chintra,31, sebelum itu ditemui bapa dan sepupunya dalam keadaan tertiarap di dalam tab mandi di rumah sewanya selain terdapat kesan jerutan di leher.

Menurut Mohamad, polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu bermotifkan dendam dan cemburu kerana suspek merupakan bekas teman lelaki mangsa.

"Bapa mangsa memberitahu pernah membuat beberapa laporan polis di Johor Baharu sejak 2011 kerana suspek sering menganggu mangsa ketika berada di sana.

"Tidak tahan dengan sikap lelaki itu, bapa mangsa meminta mangsa bekerja di Kluang dan mangsa kemudian mendapat teman lelaki baharu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Suspek kini ditahan reman sehingga 1 September untuk membantu siasatan.

Artikel Lain