suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sabah Tidak Benarkan Ambil Pekerja Bangladesh

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah tetap dengan pendiriannya tidak membenarkan pengambilan pekerja asing dari negara Bangladesh dalam semua sektor pekerjaan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat berkata, perkara berkenaan diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet negeri di sini, Rabu.

"Majikan boleh menggaji pekerja asing dari negara sumber yang dibenarkan iaitu Indonesia, Filipina, Myanmar, Nepal dan Kemboja bagi semua sektor kecuali sektor perkhidmatan yang terhad hanya kepada pekerja dari Indonesia dan Filipina," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Pada Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutama perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan. - Bernama

Siringan Gubat, Bangladesh

Artikel Lain