suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Idris Jala Hadir Mesyuarat Kabinet Terakhir

Idris Jala.

PETALING JAYA: Datuk Seri Idris Jala menghadiri mesyuarat Kabinet yang terakhir pada Rabu berikutan tempoh penggal tiga tahun buat kali kedua beliau sebagai Senator berakhir bulan depan.

Idris yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau akan kekal sebagai Ketua Pegawai Esekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

"Hari ini merupakan mesyuarat kabinet saya yang terakhir. Perlembagaan mengehadkan enam tahun sebagai senator/menteri. Saya akan terus menjadi CEO Pemandu," kata Idris di twitternya.

Idris dilantik membarisi Kabinet pada 2009 semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Pemandu ditubuhkan pada 16 September 2009 dan merupakan sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Tujuan utama dan objektif Pemandu adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.

Idris Jala, Pemandu

Artikel Lain