suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tambatan Ringgit Akan Undang Serangan Spekulatif - Pakar Ekonomi

SINGAPURA: Berdasarkan kedudukan ringgit yang terus lemah berbanding dolar US, pakar ekonomi melihat tambatan bukan jalan penyelesaian, bahkan ia boleh mengundang serangan spekulasi ke atas mata wang.

Dr Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Ekonomi di AMP Capital Investors berkata: "Saya berpendapat tambatan ringgit kepada dolar adalah sukar, memandangkan rizab Malaysia yang merosot, malah hanya akan mengundang serangan spekulatif.

"Ini terutamanya ketika harga minyak masih rendah dan negara lain turut menyaksikan nilai mata wang masing-masing merosot.

"Adalah lebih baik untuk memanfaatkan kedudukan semasa dan menunggu peningkatan eksport hasil daripada kedudukan ringgit yang lebih rendah," katanya.

Oliver mengulas mengenai kedudukan ringgit berbanding dolar US selain dolar Singapura.

Ringgit ditutup lebih rendah, di bawah paras 4.26 pada pagi Selasa, berbanding dolar US.

Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody's Investors Service Christian de Guzman berkata aliran keluar modal ekoran kejatuhan ringgit merupakan kredit negatif.

"Ringgit yang lemah memberi impak yang berbeza ke atas syarikat Malaysia.

"Ia menjadi negatif kepada syarikat yang mungkin terdedah kepada pengukuhan dolar US menerusi hutang rentas sempadan memandangkan obligasi perkhidmatan mereka kini lebih tinggi dari segi ringgit.

"Sebaliknya, syarikat yang produknya bersaing dalam pasaran antarabangsa, mungkin memperoleh manfaat daripada ringgit yang lebih lemah. Ini disebabkan  barangan perkilangan dengan kos buruh dan input domestik lain telah jatuh disebabkan kedudukan dolar US," katanya.

tambatan ringgit

Artikel Lain