suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kualiti Udara Di Sarawak Bertambah Baik Pagi Ini

Tahap kualiti udara di Sarawak bertambah baik pagi Selasa. - foto ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

KUCHING: Tahap kualiti udara di seluruh Sarawak pagi Selasa bertambah baik apabila tiada lagi kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 8 pagi Selasa,  Kapit dan Limbang mencatat bacaan IPU baik iaitu masing-masing 45 dan 44 manakala lapan kawasan lain mencatatkan IPU sederhana.

Kualiti udara di Sri Aman, Samarahan dan Kuching yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat semalam, bertambah baik apabila mencatat bacaan IPU sederhana pagi Selasa.

Kuching merekodkan bacaan IPU 92, Samarahan (91) dan Sri Aman (85).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Kualiti udara yang merosot di Sarawak sebelum ini dilaporkan berpunca daripada pembakaran terbuka di negara jiran dan keadaan bertambah baik sejak lewat Isnin ekoran hujan di sekitar bahagian Kuching.
IPU, Sarawak

Artikel Lain