suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pejabat Education Malaysia Pantau Keadaan Pelajar Di Luar Negara - Idris Jusoh

Idris Jusoh.

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh meminta pejabat Education Malaysia seluruh dunia memantau keadaan pelajar Malaysia terutama yang membiayai pendidikan di luar negara secara sendiri ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan membantu setakat yang mampu.

"Saya memahami bahawa keadaan ekonomi mempunyai impak terutamanya terhadap pelajar yang membiayai pendidikan luar negara secara sendiri dan saya bersimpati," katanya dalam catatan terbaharunya dalam laman Facebook pada Selasa.

Dalam catatannya itu, Idris menjelaskan bahawa pembiayaan pelajar tajaan kerajaan di luar negara tidak akan terjejas kerana tajaan yang diberikan adalah dalam mata wang asing seperti Dolar Amerika (USD) dan Pound Sterling (GBP).

"Jumlah tajaan yang diterima pelajar bergantung kepada keperluan perbelanjaan pelajar dan bukannya berubah mengikut kadar tukaran mata wang,"  katanya.

Idris juga memaklumkan bahawa kerajaan sedang menampung kos penyaluran dana tajaan ke bank luar negara yang meningkat.

"Ini adalah tanggungjawab kerajaan selaku penaja," katanya.

Artikel Lain