suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

172 Sekolah Pondok Tak Terlibat Kegiatan Ekstremisme

KOTA BAHARU: Pemantauan terhadap 172 institusi pengajian Islam berteraskan pondok di negara ini mendapati mereka tidak terlibat dengan kegiatan ekstremisme mahupun militan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) membuat pemantauan itu selepas terdapat ancaman Kumpulan Islamic State (IS) turut menyasarkan Malaysia untuk melaksanakan agenda mereka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Multaqa Guru-Guru sekolah Pondok Zon Timur 2015 di sini, Selasa.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM15.67 juta kepada 72 institusi pendidikan Islam berteraskan pondok di pantai timur.

Sumbangan berkenaan merupakan agihan peruntukan RM25 juta kepada sekolah-sekolah pondok yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2015 Oktober tahun lepas.

Sekolah Pondok, Ekstremisme

Artikel Lain