suria

Jalan Utama Di Ibu Kota Ditutup Sempena Sambutan Kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat mulai Rabu sehingga Isnin untuk memberi laluan kepada raptai dan seterusnya sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Sambutan akan diadakan di Dataran Merdeka.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata jalan akan ditutup dari pukul 6 pagi.

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Travers/Jalan Damansara (Muzium Negara), Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa), Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Susur Muzium Negara), Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah (Masjid Negara), Jalan Perdana/Jalan Lembah, Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin (Dayabumi), Jalan Kinabalu/Jalan Hishamuddin (Susur Bukit Aman), Jalan Lembah/Jalan Cenderasari.

Leboh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi, Leboh Ampang/Jalan Tun Perak, Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Kuching/Bulatan Dato Onn, Jalan Kinabalu/Bulatan Dato Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Hishamuddin/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Parlimen/Bulatan Dato Onn (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), Jalan Dato Onn/Jalan Raja (Kelab Diraja Selangor) dan Jalan Mahkamah Persekutuan.

Mohd Nadzri berkata hanya kenderaan yang memiliki pelekat kenderaan khas sahaja yang dibenarkan masuk ke Dataran Merdeka melalui Bulatan Dato Onn, Jalan Gereja dan kemudian diparkir di kawasan letak kereta di bawah Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka, Hari Kebangsaan

Artikel Lain