suria

ATM, PDRM Sertai Sambutan Hari Kebangsaan P Pinang

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan akan menyertai sambutan Hari Kebangsan 2015 di Pulau Pinang berikutan kerajaan negeri itu pada Isnin menarik balik tema sambutan peringkat negeri yang sebelum ini tidak sama dengan peringkat kebangsaan.

Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama berkata:" ATM akan sertai perarakan itu setelah kerajaan negeri menarik balik temanya."

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM juga akan menyertai sambutan berkenaan.

"O.K. kita akan masuk perbarisan," katanya.

Zulkifeli dan Khalid mengulas keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini yang mengumumkan tema sambutan hari kebangsaan peringkat negeri 'Bersih, Cekap, Amanah' ditarik balik.

Tema peringkat negeri berkenaan menjadi kontroversi setelah kerajaan negeri enggan menggunakan tema Hari Kebangsaan 2015 'Sehati, Sejiwa' yang diselaraskan oleh kerajaan Persekutuan.

Berikutan keputusan terbaru itu, kerajaan Pulau Pinang akan menggunakan tema sambutan hari kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat.

PDRM, ATM

Artikel Lain