suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Bayaran Bagi Penukaran Penerbangan Malindo

KUALA LUMPUR: Malindo Air tidak akan mengenakan bayaran bagi penukaran penerbangan untuk kelas perniagaan dan ekonomi bersempena dengan kempen "No Change Fee" (Tiada Bayaran Penukaran), bermula Isnin.

Malindo Air dalam satu kenyataan berkata penumpang boleh menukar tarikh dan masa penerbangan mereka sehingga 24 jam sebelum berlepas bagi keselesaan mereka kerana tiada had kepada penukaran yang dibenarkan.

"Kempen 'No Change Fee' sah bagi semua tempahan tiket sedia ada dan baharu dan tidak terpakai kepada tambang 'promo'," kata syarikat penerbangan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy, berkata Malindo Air merupakan syarikat penerbangan tempatan pertama menawarkan perkhidmatan seumpama itu.

"Kami mahu menawarkan nilai terbaik kepada penumpang kami dengan tidak mengenakan fi penukaran. Kini tidak perlu lagi membayar fi tinggi untuk mendapatkan tiket yang ditukar atau membayar tambahan bagi membeli tiket fleksibel.

"Kami percaya dengan kempen 'No Change Fee', ditambah dengan tambang tokokan nilai dan perkhidmatan berkualiti kami, akan menggalakkan lebih banyak lagi perjalanan udara dan meningkatkan ekonomi," katanya.

Artikel Lain