suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Australia Nafi Imej 'Kategori 3' Dirakam Sonar Ada Kaitan MH370

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Australia menafikan laporan berita yang mendakwa imej dirakam sonar yang berbentuk seperti kotak di dasar Lautan Hindi kemungkinan besar daripada pesawat MH370 yang hilang, menurut laporan Australia Associated Press (AAP).

Agensi berita itu memetik jurucakap Menteri Pengangkutan Warren Truss yang mengesahkan objek itu bukan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

"Semua itu adalah imej lama, dipercayai dirakam beberapa bulan lepas.

"Malah, kebarangkalian yang ia merupakan serpihan pesawat adalah amat kecil," kata jurucakap itu.

Menurut laporan itu, yang diterbitkan oleh beberapa media asing dan media tempatan Malaysia pada Khamis, menyatakan penemuan imej "kategori 3" itu oleh sebuah kapal terlibat dalam operasi mencari, kemungkinan besar adalah serpihan pesawat.

AAP berkata pencarian di dasar laut telah mengenal pasti lebih daripada 400 objek di dasar laut yang diklasifikasikan sebagai kategori 3 yang dirakamkan  oleh sonar, yang menarik perhatian kerana keadaannya yang luar biasa daripada keadaan di persekitaran tetapi kebarangkalian mempunyai kaitan dengan pesawat itu amat kecil.

Pada 29 Julai, satu serpihan sayap atau flaperon pesawat ditemukan terdampar di pantai Pulau Reunion dan dihantar ke Perancis untuk dianalisis.

Pada 6 Ogos, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan  flaperon itu adalah daripada pesawat MH370.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac tahun semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal termasuk 154 warga China.

Australia, MH370

Artikel Sebelum

Artikel Lain