suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Pegawai Kewangan MAHB Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Isnin mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya (CFO), Faizal Sham Abu Mansor berkuatkuasa 17 Ogos, 2015.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata peletakan jawatan itu disebabkan oleh peluang baharu.

"Faizal Sham, 45, mempunyai pengalaman luas dalam perbendaharaan, kewangan korporat dan perbankan pelaburan dengan Bank of Tokyo-Mitsubishi dan kemudian bersama-sama AmInvestment Group.

"Sebelum menyertai MAHB, beliau merupakan CFO di syarikat pengurusan kumbahan dan pembinaan senarai awam," menurut MAHB.

Faizal Sham menganggotai lembaga pengarah Istanbul Sabiha Gokcen International Airport Investment Development and Operations Inc.

Beliau juga anggota lembaga pengarah anak syarikat milik penuh MAHB, Malaysia Airports Capital Bhd, Malaysia Airports Cities Sdn Bhd, Malaysia Airports (Mauritius) Pvt Ltd dan Malaysia Airports Capital (Labuan) Ltd.

Faizal Sham, MAHB

Artikel Lain