Najwa Mahiaddin Harap "After The Rain" Ubati Duka - Semasa | mStar

Najwa Mahiaddin Harap "After The Rain" Ubati Duka

PETALING JAYA: Penyanyi muzik soul, Najwa Mahiaddin menggesa rakyat Malaysia supaya tidak patah semangat menerusi lagu terbaharunya, After The Rain.

Najwa yang juga anak perempuan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau percaya dengan kuasa muzik dan keupayaannya untuk mengubati segala duka.

"Semoga lagu ini memberikan keselesaan dan kekuatan kepada kita dalam menghadapi masa sukar," kata Najwa dalam laman Facebooknya pada Khamis.

Dalam lagu itu, beliau menceritakan bagaimana kita mungkin terjatuh dan bangkit semula.

Najwa mula dikenali menerusi lagunya Got To Go pada 2011.

Beliau memenangi pelbagai anugerah seperti Artis Baharu Terbaik dan Lagu Inggeris Terbaik semasa Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM).


 

Najwa Mahiaddin , After The Rain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MH370: "Saya Anak Bertuah" - Sofuan

Artikel Lain