suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu TEKS1M Diberi Pilihan Guna Toyota Innova Atau Proton Exora

Tan Sri Syed Hamid Albar
KUALA LUMPUR: Pemandu Teksi 1Malaysia (TEKS1M) kini mempunyai pilihan sama ada mahu menggunakan Toyota Innova atau Proton Exora yang sedia ada.

Pengerusi Spad Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah itu bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pemandu dan mewujudkan persaingan yang sihat di pasaran.


"Proton Exora adalah kenderaan yang baik tetapi kami merasakan bahawa terdapat keperluan untuk menyediakan pilihan untuk pemandu TEKS1M," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan rasmi di One World Hotel di sini, Selasa.

Tambahnya, pilihan itu juga bertujuan untuk meningkatkan bilangan TEKS1M yang sudah beroperasi di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Kerajaan ingin melihat lebih daripada 1,500 TEKS1M di jalan raya pada akhir tahun ini sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan teksi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain