suria

Polis Akan Panggil Sekali Lagi Pengerusi, Penerbit The Edge

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Bukit Aman sekali lagi memanggil Pengerusi The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong dan penerbitnya, Ho Kay Tat bagi merakamkan keterangan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua lelaki berkenaan sepatutnya merakamkan kenyataan mereka pada Selasa namun polis memutuskan untuk menangguhkannya berikutan satu majlis pengebumian.

"Kita dimaklumkan bahawa ibu Tong meninggal dunia dan kita akan tetapkan hari lain," katanya kepada pemberita di Bukit Aman pada Selasa.

Khalid berkata, Ho dan Tong merupakan antara beberapa individu yang diperlukan untuk memberikan kenyataan mereka sekali lagi susulan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya pada minggu lalu.

"Dalam pertemuan itu, saya diberikan penerangan secara terperinci oleh Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pum­pun­muang mengenai siasatan terhadap warga Swiss, Andre Xavier Justo.

"Beliau memberikan saya butiran termasuk pengakuan Justo kepada polis Thailand yang akan kita gunakan untuk membantu siasatan kita di sini," katanya sambil menambah bahawa polis Thailand memberikan kerjasama.

Artikel Lain