suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Garisan Tebal Dalam Gambar Bukan Retak - MRT Corp

KUALA LUMPUR: MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata garisan tebal yang kelihatan dalam gambar yang didakwa terdapat 'keretakan' sebenarnya adalah dua helai jaring yang menutupi landasan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata jaring itu diletakkan di situ sebagai langkah berjaga-jaga kerana kerja-kerja masih dijalankan di landasan itu.

"Garisan tebal itu sebenarnya adalah sambungan dua helai jaring yang dijahit bersama. Ia bukan retakan pada konkrit di landasan itu seperti yang dibincangkan dalam media sosial," katanya dalam kenyataan di sini malam Khamis.

Mahmood menasihatkan pengguna agar tidak bimbang ketika memandu di bawah landasan tersebut.

"Saya menasihatkan orang ramai tidak mempercayai dakwaan seperti yang disebarkan melalui media sosial berhubung perkara ini dan pemandu tidak harus memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat ketika melalui LDP di lokasi itu," katanya.

Gambar yang didakwa seperti keretakan pada landasan MRT itu disebarkan secara meluas di media sosial hari ini.
MRT Corp, Amir Mahmood Razak, LDP

Artikel Lain