Jam Tangan Mewah Pegawai SPRM Milik Suami - Semasa | mStar

Jam Tangan Mewah Pegawai SPRM Milik Suami

KUALA LUMPUR: Barangan berbentuk beberapa utas jam tangan mewah yang dilaporkan hilang selepas rumah seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipecah masuk, adalah milik peribadi suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berkata SPRM memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas pegawainya itu kononnya beliau memiliki harta di luar kemampuan.

Susulan itu, SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu ini dan mahu Polis Diraja Malaysia menyiasat tindakan pihak tertentu mendedahkan aduan yang dibuat mangsa menerusi media sosial, katanya.

"SPRM ingin menjelaskan pegawai yang dimaksudkan hanya menyertai SPRM pada 1 Jun 2015 (Isnin) bagi menyandang jawatan Gred 44. Malangnya, rumah beliau telah dipecah masuk pada hari beliau melapor diri untuk bertugas.

"Pegawai ini telah membuat satu laporan polis berkenaan kejadian ini semalam dan dalam laporannya, beliau telah menyenaraikan barang-barang yang telah dilarikan pihak yang memasuki rumah beliau.

"Ini termasuk jam tangan mewah dan laporan polis yang beliau buat telah diviralkan menerusi media sosial sejak pagi tadi," kata Rohaizad dalam kenyataan kepada Bernama.

Laporan itu mendapat pelbagai respon daripada pengguna laman itu.

"Siasatan awal mendapati suami beliau seorang ahli perniagaan dan pemilikan harta ini adalah sah dari segi undang-undang.

"Malah, oleh kerana beliau baru sahaja melapor diri semalam, pengisytiharan harta wajib juga belum dilakukan," kata beliau.

SPRM memandang serius dakwaan dan tohmahan sesetengah pihak kononnya pegawai-pegawai SPRM memiliki harta di luar kemampuan dan SPRM turut memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan laporan polis kes ini menerusi media sosial, katanya.-- Bernama



SPRM , Rohaizad Yaakob

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain