suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jadikan Kem Penyeludupan Tempat Pelancongan Idea Buruk - MIC

PETALING JAYA: Menghidupkan kem penyeludupan manusia sebagai tempat tarikan pelancong adalah idea yang buruk, kata MIC.

Ketua Pemuda MIC C. Sivarraajh mengecam cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mencadangkan kem penyeludupan di Wang Kelian, Perlis sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong.

"Bagaimana kerajaan mempertimbangkan apa-apa cadangan mengaut keuntungan daripada kesakitan dan tragedi pelarian yang telah diperdagangkan ke Malaysia ? " soal Sivarraajh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Tambahnya, kem-kem tersebut seharus dijadikan tempat memorial kepada mangsa.

"Ia akan mengingatkan semua orang tentang perbuatan tidak berperikemanusiaan dan kekejaman yang membuatkan mangsa  menderita," katanya.


Pada Ahad, Shahidan mencadangkan agar kem-kem penyeludupan yang ditemui di sekitar sempadan Thailand- Malaysia dijadikan tarikan pelancong.
Kem penyeludupan, pelarian

Artikel Sebelum

Artikel Lain