suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Tangkap Ikan Di Johor

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam kerana menangkap ikan di perairan negara ini pada kedudukan 20.3 batu nautika tenggara Tanjung Sedili, dekat Kota Tinggi, pada Sabtu.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili Kapten Maritim Amran Daud berkata bot itu dikesan oleh kapal maritim yang melakukan rondaan pada 5.30 petang.

"Setelah melakukan pemeriksaan, didapati bot tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen," katanya menerusi kenyataan.

Amran berkata bot tersebut juga didapati membawa muatan kira-kira tiga metrik tan ikan yang dipercayai ditangkap di kawasan perairan negara dengan menggunakan pukat tunda.

Katanya berikutan itu, 21 kru bot rakyat Vietnam berusia 21 hingga 49 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) dan 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia, katanya.

APMM

Artikel Lain