suria

Polis Kenal Pasti Mangsa ERL Penumpang Warga India

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lelaki yang dijumpai mati dekat Stesen Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) Bandar Tasik Selatan, Sabtu lepas, adalah seorang warganegara India.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata mangsa ialah seorang penumpang berusia 39 tahun.

"Si mati dipercayai salah seorang penumpang ERL dari Salak Tinggi, Sepang berdasarkn penemuan tiket yang dibeli dari kaunter stesen Salak Tinggi pada pukul 6.28 petang Sabtu lepas," katanya dalam kenyataan media, di sini, Isnin.

Beliau berkata mangsa dipercayai menghala ke KL Sentral namun telah turun di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Salak Selatan.

Chong berkata mangsa melakukan kesilapan kerana berjalan kaki di landasan ERL itu untuk ke KL Sentral dalam keadaan gelap dan mengambil keputusan tidak mengunakan jalan raya kerana tidak mengetahui arah ke KL Sentral.

"Si mati dipercayai tiada tujuan untuk bunuh diri kerana tiada motif," katanya.

Chong berkata mangsa dipercayai tidak mempunyai pekerjaan, pemabuk, memiliki hutang dan pernah meminta saksi mendapatkan pasport yang dicagarkan bagi menjelaskan hutangnya selain mengalami kehidupan yang susah.

Beliau berkata beberapa bahagian tubuh mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bedah siasat.

Lelaki tersebut maut digilis oleh tren ERL pada pukul 9.30 malam Sabtu lepas ketika dalam perjalanan ke Stesen KL Sentral.

-- BERNAMA
ERL

Artikel Lain