suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebuhraya Sultan Iskandar Ditutup Ekoran Jalan Retak, Mendap

KUALA LUMPUR: Berlaku jalan retak dan mendapan tanah dilaluan Lebuhraya Sultan Iskandar (dahulunya Jalan Mahameru) menuju ke Muzium Negara menyebabkan laluan itu menghala ke selatan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai pukul 8.00 malam Selasa. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju PKPgB Che Shaari Abdullah berkata kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku berikutan kerja-kerja pembaikan jalan berhampiran lokasi tersebut. 

"Keluasan tempat kejadian kira-kira 10 kaki (3 meter) x 15 kaki (4.6meter)... mendapan dan keretakan semakin teruk kerana hujan petang tadi dan ia berisiko kepada pengguna jalan raya. 

"Kita buat lencongan dari arah Parlimen dan masuk ke pusat bandar bagikenderaan yang ingin menuju ke arah selatan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan kontraktor pembinaan berkenaan dan dipantau sepenuhnya oleh polis, Dewan Bandaraya KualaLumpur dan Bomba.  

"Jalan akan dibuka semula bila ia tidak lagi membahayakan pengguna jalanraya," katanya.

Artikel Lain