suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Yakin Dengan Pelan Untuk Mengurangkan Hutang 1MDB - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan bahawa Kerajaan boleh mengurangkan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Terdapat banyak perkara negatif mengenai 1MDB. Isu ini akan dijawab dalam masa terdekat kerana Ketua Audit Negara akan membentangkan penemuan audit kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

"Kita percaya rancangan kita boleh mengurangkan hutang 1MDB, dan ini sedang diusahakan oleh kerajaan," kata Najib ketika berucap kepada kakitangan Kementerian Kewangan pada perhimpunan kementerian, Selasa.

Tambahnya, beliau yakin kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan dalam mencapai matlamatnya.

"Walaupun berdepan dengan banyak kritikan, akhirnya kita akan buktikan bahawa kita boleh mencapai matlamat kita," katanya.
1MDB, Datuk Seri Najib Tun Razak

Artikel Lain