suria

Dua Maut Dipanah Petir

JOHOR BARU: Dua bapa murid maut manakala seorang murid berada dalam keadaan kritikal akibat dipanah petir ketika mereka berteduh di perhentian bas di Parit Kajan Sri Medan, Batu Pahat tengah hari Isnin.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Huda Janif @ Haji Abdullah Omar, 35, dan Norazwan Juwari, 41, yang ketika itu sedang menunggu anak-anak masing-masing keluar dari sekolah.

Siti Nur Aina Hairi, 9, yang sedang menunggu bapanya dilapor krtikal dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata kejadian pukul 12.45 tengah hari itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Rengas Karjan, Sri Medan.

Beliau berkata kedua-dua bapa murid itu meninggal di tempat kejadian kerana  kecederaan dalaman badan dan melecur.

Sementara Siti Nur Aina dilapor cedera pada kepala dengan kesan terbakar di rambut serta kerosakan pada paru-paru.

Mayat dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

maut, dipanah petir

Artikel Lain