suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kronologi Hari Pengundian PRK Parlimen Permatang Pauh

BERIKUT perkembangan terkini hari mengundi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada Khamis.


10.15 malam: Pegawai Pengurus PRK Permatang Pauh, Jusni Ismail mengumumkan Dr Wan Azizah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi. Keputusan rasmi: PKR:30,310 BN:21,475 Bebas:367 PRM:101

10.07 malam: Keputusan rasmi: PKR:29,331 BN:20,445 Bebas:340 PRM:94

10.00 malam: Keputusan rasmi yang diumumkan SPR adalah seperti berikut: PKR:27,420 BN:19,197 Bebas:329 PRM:83 

9.20 malam: Keputusan tidak rasmi: PKR: 30,504 BN:20,586 Bebas:359 PRM:98

8.55 malam: Dr Wan Azizah kelihatan memasuki dewan pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

8.40 malam: Keputusan tidak rasmi: PKR:29,448 BN:20,004 Bebas:347 PRM:97

8.00 malam: Keputusan tidak rasmi: PKR:25,175 BN:16,960 Bebas:312 PRM:90

7.30 malam: Keputusan tidak rasmi: PKR: 19,143 BN: 12,881 Bebas:220 PRM:82

5.00 petang: Semua 245 pusat mengundi dengan 130 saluran ditutup secara rasmi.

4.30 petang: Jumlah pengundi keluar mengundi sehingga pukul 4 petang ialah sebanyak 49.334 iaitu 69 peratus.

3.30 petang: Jumlah pengundi keluar mengundi sehingga pukul 3 petang ialah sebanyak 45.333 iaitu 63.06 peratus.

2.30 petang: Jumlah pengundi keluar mengundi sehingga pukul 2 petang ialah sebanyak 40,173 iaitu 55.88 peratus.

2.00 petang : Penyokong PKR dan BN bergaduh di SMK Guar Perahu.

1.43 tengah hari: Jumlah pengundi yang keluar mengundi setakat ini ini ialah sebanyak 35,752 iaitu 49.73 peratus. 

1.00 tengah hari: Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di SK Tanah Liat untuk mengawal keadaan yang kecoh.


12.58 tengah hari: Seorang petugas media dari KLXpress, Mahathir Mohammad cedera selepas dipukul dalam kekecohan di SK Tanah Liat.

11.46 pagi: Jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat pukul 11 pagi ialah sebanyak 24,042 iaitu 33.44 peratus.

11.10 pagi: Lalu lintas sesak teruk sejauh 4 kilometer dari SK Seri Penanti ke Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah.

11.05: Aksi penyokong BN berperang mulut dengan pengikut PKR.

11.03 pagi: Jumlah pengundi keluar mengundi setakat 10 pagi ialah sebanyak 16,324 iaitu 22.91 peratus.

10.30 pagi : Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman tiba di pusat mengundi SJK (C) Lay Keow. Beliau bukan pengundi di Perlimen Permatang Pauh.

10.01 pagi : Penyokong PKR melakukan provokasi dengan membawa bungkusan seperti mayat di atas sebuah kereta.

9.15 pagi: Penyokong PKR dan BN mula berperang mulut.

8.40 pagi: Dr Wan Azizah selesai mengundi.

8.32 pagi: Calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di SK Penanti untuk membuang undi.

8.15: Calon tertua di Parlimen Permatang Pauh, Othman Daud,103, (gambar atas) selesai mengundi SK Seri Penanti.

8.10 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin selesai mengundi.

8.05 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin memasuki perkarangan SMK Guar Perahu pada 8:05pagi untuk membuang undi.

8.05 pagi: Sambutan menggalakkan, orang ramai tiba awal untuk tunaikan tanggungjawab.

8.00 pagi: Semua 25 pusat mengundi dibuka membabitkan 130 saluran.

7.30 pagi: Pengundi dilihat mula menunggu di luar pusat mengundi di SK Seri Penanti.

7.00 pagi: Penyokong parti mula berkumpul di pusat-pusat mengundi seperti SK Seri Penanti, SMK Permatang Tok Kandu, SMK Guar Perahu dan beberapa lokasi lain.





Permatang Pauh, BN, PKR

Artikel Lain