suria

Situasi HFMD Dalam Negara Terkawal - Dr S.Subramaniam

Datuk Seri Dr S. Subramaniam
MUAR: Situasi penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD) dalam negara masih dalam keadaan terkawal, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata berdasarkan kes terbaru di Selangor baru-baru ini, ia masih dalam keadaan terkawal.

"Bagaimanapun, sekiranya didapati ada wabak menular, kita akan mengambil langkah-langkah untuk kesihatan awam bagi mengawal (peyakit itu) dari merebak kepada orang ramai," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Masyarakat India Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, Jumaat.

Beliau berkata setakat ini, mereka yang dikesan dijangkiti HFMD mempunyai simptom-simptom ringan yang boleh dipulihkan.

Mengenai arahan yang dikeluarkan kepada sekolah, beliau berkata pihak sekolah telah diingatkan untuk memberitahu pihak berkuasa sekiranya ada yang dikesan mempunyai HFMD.

"Sekiranya pihak berkuasa mendapati ada wabak HFMD, mereka akan mengambil langkah-langkah mengawal seperti kebersihan, pengasingan dan lain-lain lagi," kata Dr Subramaniam.

Artikel Lain