suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjut Hingga 17 Mei

KOTA KINABALU: Fasa 18 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir Jumaat, akan dilanjut mulai 2 Mei hingga 17 Mei dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung merangkumi enam daerah melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga titik garisan yang ditetapkan dilanjutkan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat Sabah di daratan ESSZone.

"(Pelanjutan perintah berkurung ini juga) ialah bagi memudahkan penguatkuasaan, memantau pergerakkan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata keputusan melanjutkan perintah berkurung berkenaan turut dibuat bagi mendapat sokongan pengusaha chalet dan pihak yang terlibat dalam aktiviti perikanan demi menjamin keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di persempadanan.

Jalaluddin berkata kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah ESSZone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau lain-lain aktiviti mendesak.

Artikel Lain