suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai SPR Maut Ketika Balik Dari Permatang Pauh

IPOH:  Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru balik dari Permatang Pauh maut selepas motosikal berkuasa tingginya terbabas di Kilometer 342.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata kejadian berlaku kira-kira 11.45 pagi ketika Imran Kamili Ahmad Nazirin, 45, menunggang motosikal Harley Davidson untuk pulang ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.    

"Mangsa dikatakan terlanggar bongkah kayu di tengah jalan menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Mangsa mengalamikecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.   

Mayat mangsa kemudianya dihantar ke Hospital Tapah. 

Pegawai SPR, kemalangan maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain