suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewan Negara Tangguh, 15 Rang Undang-Undang Diluluskan

Abu Zahar Ujang (dua, kanan) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang Ahli Dewan Negara, Syed Shahir Syed Mohamud (dua, kiri) pada Majlis Jamuan Makan Perpisahan Ahli-Ahli Dewan Negara Yang Tamat Tempoh di Parlimen pada Selasa. Turut kelihatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodi (kanan).Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara yang berlangsung selama 10 hari sejak 13 April lepas, ditangguh ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.    

Pada persidangan kali ini, sebanyak 15 rang undang-undang diluluskan iaitu Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015; Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2015, Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 dan Rang Undang-undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015. 

Turut diluluskan, Rang Undang-undang Teknologis dan Juruteknik 2014; RangUndang-undang Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015; Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) (No.2) 2015; Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015.

Rang undang-undang lain yang turut diluluskan ialah Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015; Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015; Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015;Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014; Rang Undang-undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2014 dan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2014.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang mengumumkan penangguhan mesyuarat itu kira-kira 11 malam dan mengucapkan terima kasih kepada semua anggota Dewan Negara kerana memastikan persidangan itu berjalan lancar dan aman.

Rang Undang-Undang

Artikel Berikut

Artikel Lain