suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi 6.6 Melanda Nepal, Bandar Utara India Rasai Gegaran Kuat

Penduduk Nepal turut membantu dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di Nepal pada pukul 2.45 petang ini (waktu Malaysia).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, gempa bumi itu berpusat 482 kiometer (km) Tenggara dari Shyampur, Bangladesh dan 2,903km Barat Laut dari Padang Besar, Perlis.

Tiada ancaman tsunami dan jabatan itu sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini, kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu di  NEW DELHI, gegaran kuat turut dirasai di kawasan utara India susulan kejadian gempa bumi itu.

Penduduk yang mengalami kecederaan diberi bantuan oleh pasukan perubatan.

Penduduk di beberapa bandar raya di India iaitu Mumbai dan Kolkata di utara dan malah di Cochin di selatan melaporkan gegaran dirasai antara 30 saat dan 45 minit.

Di ibu negara New Delhi, orang ramai bergegas keluar ke jalan raya tetapi setakat ini tiada kerosakan teruk atau kematian dilaporkan. Bagaimanapun, banyak yang masih takut untuk masuk semula ke bangunan atau rumah.

Beberapa minit selepas kejadian gempa bumi itu, Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran bahawa ia gempa bumi kuat dan penduduk di utara negara ini diminta bersedia untuk menghadapi gempa bumi susulan.

Jabatan itu melaporkan berlaku gempa bumi susulan berukuran 6.6 pada skala Richter dengan ibu negara India ini merekodkan gegaran berukuran 5 pada skala Richter.

-- Bernama
gempa bumi, Nepal, India

Artikel Lain