suria

Pemuda Umno Pantas Tangani Dakwaan Atur Rancangan Jatuhkan Najib

Ibdillah Ishak.

KUALA LUMPUR: Lima pemimpin Pemuda Umno pantas membersihkan nama mereka menerusi media sosial berhubung dakwaan cuba untuk mengatur rancangan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dalam tempoh sejam selepas dakwaan yang dilaporkan oleh sebuah blog yang tidak bertanggungjawab, kita menggunakan media sosial dan menafikannya bahawa perkara itu tidak berlaku.

"Tiada perjumpaan yang dibuat untuk menimbulkan ketegangan antara Pemuda Umno dan perdana menteri," kata exco Pemuda Umno, Ibdillah Ishak pada Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial Dunia di sini, Khamis.

Ibdillah berkata, ahli politik perlu menangani dakwaan dan kritikan dengan bertindak pantas menggunakan kaedah dalam talian dengan cara yang tepat dan telus.

Beliau sebelum itu berkata, ahli politik mempunyai masa sehari untuk memberikan jawapan terhadap sebarang isu yang dibangkitkan.

"Sekarang, anda tidak mempunyai masa beberapa jam atau minit. Kalau anda tidak memberi maklum balas dengan segera, seseorang akan memutar-belitkan hal itu," katanya sambil merujuk kepada khabar angin yang melibatkan Pemuda Umno dijadikan sebagai contoh supaya tindakan segera perlu dilakukan.

Artikel Lain