suria

PRK Parlimen Rompin: Kronologi Proses Penamaan Calon

ROMPIN: Berikut adalah kronologi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pagi Rabu.

7.00 pagi - Jalan menuju ke pusat penamaan calon mulai dipenuhi kenderaan tetapi keadaan masih terkawal.

7.15 pagi - Penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul di Puteri Inn bagi berarak membawa calon ketika proses penamaan dibuka pada 9 pagi nanti.

7.30 pagi - Perkarangan luar dewan mula dipenuhi pengamal media. Polis trafik mengawal keadaan lalu lintas di sepanjang laluan menuju ke lokasi penamaan calon.

7.57 pagi: Beberapa kelibat pemimpin MIC mula kelihatan. Mereka bergerak ke lokasi tempat penyokong BN berkumpul di Puteri Inn. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan akan turut serta mengarak calon pada hari ini.

8.20 pagi: Penyokong PAS mula berkumpul di luar perkarangan dewan. Calon PAS Nazri Ahmad akan berarak dari pusat gerakan PAS Bandar Rompin di sini.

8.30 pagi: Pemimpin tertinggi PAS Datuk Mustafa Ali dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berada di pusat gerakan PAS di bandar Rompin untuk berarak bersama calon.

8.43 pagi: Penyokong BN sedia berarak ke pusat penamaan calon sambil mengibarkan bendera parti dan menyanyikan lagu inilah Barisan kita. Ketua pemuda negeri Pahang Mohd Shahar Abdullah mengetuai perarakan BN. Turut menyertai perarakan itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Hasan Malek

9 pagi: Calon BN Datuk Hasan Arifin dilihat memasuki pusat penamaan calon bersama dengan beberapa pimpinan tertinggi BN. Penyokong PAS turut tiba di luar perkarangan dewan dengan membawa bendera parti. Penyokong PAS turut tiba di luar perkarangan dewan dengan membawa bendera parti

9.44 pagi: Penyokong BN masih berada di luar perkarangan dewan kerana hanya 100 penyokong dibenarkan masuk mengiringi calon oleh SPR.

10 pagi: Pimpinan Pakatan Rakyat bersalaman dengan pimpinan BN selepas proses penamaan calon ditutup.
Pegawai Pengurus PRK Rompin Datuk Fadzillah Salleh mengumumkan penutupan pusat penamaan calon kira-kira pukul 10 pagi.

PRK Rompin, penamaan calon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain