suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomba Tangkap Buaya Seberat 400Kg Di Kampung Olak Lempit

SHAH ALAM: Penduduk di kampung Olak Lempit, Banting dekat sini gempar apabila menemui seekor buaya tembaga seberat 400kg yang dipercayai tersesat di kawasan perkampungan itu, malam Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil ketika dihubungi berkata, buaya terbabit ditemui penduduk kampung kira-kira 9.30 malam yang kemudian memaklumkan penemuan itu kepada bomba.

"Kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menangkap buaya sepanjang 3.9 meter dan seberat kira-kira 400kg itu.

"Semasa cuba ditangkap buaya itu agak agresif. Bagaimanapun ia dapat ditangkap dengan selamat tanpa berlaku sebarang kecederaan terhadap anggota bomba dan buaya berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kes penemuan buaya itu merupakan yang pertama bagi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Kuala Langat dan setakat ini tiada laporan kes kecederaan yang membabitkan buaya diterima.

Katanya buaya itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan Paya Indah Wetlands untuk tindakan susulan. -- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MH370: JPN 'Kunci Mulut'

Artikel Lain