suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Perniagaan Rugi RM100,000 Disamun Enam Lelaki Di Sik

SIK: Seorang ahli perniagaan kerugian kira-kira RM100,000 selepas disamun sekumpulan enam lelaki di rumahnya di Kampung Pinang, Belantik pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata kejadian kira-kira 3pagi itu berlaku ketika ahli perniagaan itu, isteri dan dua anak mereka masing-masing berusia 10 dan tiga tahun sedang tidur.

"Kita menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira  4.30 pagi. 

Siasatan awal mendapati sejumlah RM80,000 wang tunai dilarikan kumpulan suspekitu bersama-sama barang kemas yang dianggarkan berjumlah RM20,000 serta selaras senapang milik mangsa," katanya di sini.

Mohd Ismail berkata polis menemui peralatan yang digunakan suspek untuk memecah masuk ke rumah mangsa serta wang tunai berjumlah RM2,000 yang dipercayai tercicir kira-kira 300 meter dari rumah mangsa.

Polis turut menemui dua buah kereta Perodua Kancil dan Proton Wira, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

Ketika ditemui kemudian, ahli perniagaan itu Mohd Bokri Majid, 43, berkata beliau dan isterinya, Hamdah Jusoh, 35, masih lagi terkejut selepas terpaksa berdepan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan pisau.

"Saya, isteri dan anak-anak diikat. Tangan kiri saya cedera kerana cuba melawan, malah mereka turut mengugut untuk mencederakan anak-anak saya kerana enggan memberitahu di mana saya simpan wang tunai," katanya.

Menurutnya sebahagian daripada wang yang disamun itu baru sahaja dikeluarkandari bank pada Jumaat lepas untuk digunakan dalam urus niaga minggu ini.

samun

Artikel Lain